CAPE TOWN, Afrika Selatan – Seorang wanita yang berenang sambil memakai kostum ikan duyung, berjaya menyelamatkan diri daripada lemas selepas ekornya tersangkut pada bahagian bawah tangki akuarium besar di sebuah pusat beli-belah, lapor portal berita Fox News semalam.
Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas.
Wanita yang bekerja sebagai pemakai kostum duyung profesional di Afrika Selatan itu mempunyai masa beberapa saat untuk bertindak, namun tindakan pantasnya membolehkan dia menyelamatkan diri daripada situasi yang boleh membawa maut.
Detik menakutkan itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Randburg ketika wanita itu berenang di dalam aquarium di hadapan sejumlah pengunjung.
Dalam klip video dirakam oleh individu bernama Zizwe Ndwandwe, wanita itu cuba berenang ke permukaan untuk menarik nafas, tetapi ekor kostumnya tersangkut pada terumbu tiruan di lantai akuarium.
Dia kemudian menanggalkan kostum ikan duyung untuk menyelamatkan diri dan berjaya berenang ke permukaan akuarium tersebut. – AGENSI