fbpx

K2

Atasi stigma negatif terhadap pesakit HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riben merah tanda solidariti terhadap penghidap HIV dan AIDS.

SINDROM kurang daya tahan penyakit (AIDS) merupakan peringkat akhir jangkitan virus kurang imun (HIV).

Virus tersebut menyerang dan melemahkan sistem imun iaitu pertahanan semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit.

Berdasarkan data program bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS), terdapat seramai 39 juta penghidap HIV di seluruh dunia setakat 2022.

Oleh itu, kesedaran tentang penyakit ini wajar dipergiatkan agar orang ramai lebih peka tentang penyakit yang sering mendapat stigma negatif daripada masyarakat.

Bersempena Hari AIDS Sedunia esok, Horizon kongsikan tip tentang cara menyantuni golongan yang dijangkiti virus tersebut.

 

Tambah ilmu tentang HIV
Penting untuk seseorang individu tersebut memahami perkara asas tentang HIV atau AIDS sebelum mendekati golongan dijangkiti.
Fahami tentang cara virus tersebut dipindahkan, langkah-langkah pencegahan dan selami realiti kehidupan penghidap HIV.
Kongsi pengetahuan bersama orang lain untuk menghilangkan mitos berkaitan serta stigma negatif terhadap penyakit itu.

Hormati privasi dan kerahsiaan
Pendedahan status HIV seseorang adalah pilihan peribadi dan tidak semua orang berasa selesa membincangkannya secara terbuka.
Oleh itu, elakkan mendedahkan status HIV seseorang tanpa kebenaran mereka atau bergosip tentang perkara tersebut.
Elakkan juga daripada terus memaksa pesakit HIV untuk mendedahkan maklumat atau kisah peribadi mereka.

Elakkan bergosip mengenai penghidap HIV. – Gambar hiasan

Beri sokongan
Seorang pesakit HIV lebih mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit, sekali gus membuatkan kesihatan mental mereka terjejas.
Oleh itu, sokongan moral daripada orang sekeliling sangat penting dalam usaha membantu pesakit HIV untuk menjalani rutin harian mereka.
Dengar luahan hati mereka, nyatakan empati dan tawarkan bantuan apabila diperlukan.

Amalkan tingkah laku selamat
HIV merebak melalui hubungan seksual, perkongsian jarum, sentuhan di kawasan berdarah dan jangkitan genetik menerusi kandungan ibu serta menerusi penyusuan badan.
Ini bermaksud HIV tidak berjangkit melalui sentuhan biasa.
Dengan peka terhadap perkara ini, anda tidak perlu risau berkenaan risiko jangkitan.

Sentiasa bersifat inklusif
Sertakan individu HIV dalam aktiviti sosial tanpa melayan mereka secara berbeza.
Amalkan layanan sama rata dalam setiap aspek termasuk di tempat kerja dan situasi lain. Dengan melibatkan pengidap HIV dalam aktiviti harian, ia boleh membantu mengatasi stigma negatif yang dihadapi mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI