fbpx

[VIDEO] Runtuhan gudang: Lokasi tragedi seluas gelanggang bola keranjang – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mempunyai petunjuk baharu akan keberadaan kesemua mangsa yang tertimbus.

BALIK PULAU – Lokasi runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini sehingga mengorbankan tiga buruh binaan dan empat lagi yang masih tertimbus dikatakan seluas sebuah gelanggang bola keranjang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Khairy Sulaiman berkata, bagaimanapun pihaknya sudah mempunyai petunjuk baharu akan lokasi keberadaan mangsa-mangsa yang tertimbus terbabit.

Menurutnya, hasil maklumat yang diterima daripada pihak kontraktor dan pemaju, kesemua mangsa itu berada pada jarak berdekatan.

“Ini kerana, semasa kejadian berlaku mereka dikatakan sedang melakukan kerja hanya beberapa meter antara satu sama lain.

“Lokasi kejadian juga dianggarkan seluas saiz gelanggang bola jaring. Kami guna unit K9 (Pengesan Anjing) melibatkan tiga pengendali dan dua ekor anjing.

“Kami tidak akan menghentikan operasi sehingga kesemua mangsa ditemui, bagaimanapun hanya akan dihentikan atas faktor cuaca sekiranya hujan atau sebaliknya yang perlu membuat penilaian situasi semula,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi turut mengalami kesukaran berikutan pasukan keselamatan perlu mengangkat dan mengalihkan konkrit serta bim di lokasi kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI