fbpx

Tak sedar enam bulan minum air tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan terkejut apabila mengetahui dia menggunakan air tandas untuk minum pada setiap hari. - Jam Press

BEIJING – Sepasang kekasih di Beijing, China terkejut apabila mendapati bahawa mereka tersilap minum, masak dan mandi menggunakan air tandas selama enam bulan, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Tan dan teman wanitanya kehairanan apabila mereka mula mengalami masalah kesihatan sejak berpindah ke rumah baharu pada Mei lalu. 

Lelaki itu mengalami masalah keguguran rambut dan jerawat yang teruk, manakala teman wanitanya mengalami batuk dan rasa keradangan di dada.

Selepas beberapa bulan, Tan semakin hairan apabila bil air kediaman mereka tidak dipotong walaupun masih belum membuat sebarang pembayaran. Mereka juga mendapati meter air tidak berganjak walaupun menggunakan air pada setiap hari.

Selepas memanggil tukang paip, mereka terkejut apabila menemui sebatang paip yang menghubungkan air di tandas dan paip air utama.

Pasangan itu diberitahu bahawa mereka telah menggunakan campuran air paip dan air tandas untuk minum, masak dan mandi.

Paip tersebut kemudian dibetulkan, manakala Tan segera meminta ganti rugi daripada firma sewa rumah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI