fbpx

Saya tengok kawan tertimbus seperti ‘tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rasuk, malam tadi.

BALIK PULAU – “Bunyi runtuhan sangat kuat, saya lihat dua rakan berlari keluar.”

Demikian cerita seorang buruh binaan warga Bangladesh dikenali sebagai Kasyem, 30-an, berhubung tragedi runtuhan rasuk yang mengorbankan tiga rakan senegaranya, manakala empat pekerja lain masih tertimbus, malam tadi.

Kasyem memberitahu, ketika kejadian, dia berada di hadapan bangunan yang masih dalam pembinaan itu dan terkejut mendengar bunyi kuat dari arah belakang.

“Saya nampak ada simen dan besi runtuh. Dua orang (pekerja) berlari keluar manakala yang selebihnya ada di dalam (kawasan pembinaan).

“Memang tidak boleh angkat konkrit kerana berat. Saya tengok kawan tertimbus bawah konkrit dalam keadaan seperti sedang tidur (tertiarap),” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sementara itu, seorang lagi buruh warga Bangladesh yang enggan dikenali pula mendakwa, kerja-kerja pembinaan di lokasi tersebut dilakukan mengikut syif.

“Saya bekerja syif siang di bangunan hadapan. Saya dimaklumkan bahawa lantai simen yang runtuh itu masih baru dibuat.

“Bunyinya (runtuhan) sangat kuat seperti bangunan runtuh, ramai yang lari keluar untuk melihat kejadian yang berlaku,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI