fbpx

Runtuhan gudang: Titijaya bakal lakukan siasatan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi runtuhan bangunan dalam pembinaan di Batu Maung, malam semalam.

PETALING JAYA – Pemaju dan pemilik kemudahan logistik yang dlaporkan runtuh di Pulau Pinang, Titijaya Land Berhad (Titijaya) bakal melakukan siasatan menyeluruh sebaik operasi mencari dan menyelamat selesai.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit, pihaknya sedang bekerjasama dengan kontraktor, pihak berkuasa berkaitan dan kakitangan perubatan untuk memastikan operasi mencari dan menyelamat dapat dilaksanakan dengan pantas dan cekap.

Tambahnya, Titijaya akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat kesilapan atau kecuaian manusia yang didapati menyumbang kepada tragedi tersebut.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk syarikat kami. Kami amat terkejut dan sedih dengan kehilangan para pekerja binaan.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pekerja yang meninggal dunia dan kepada semua mereka yang cedera.

“Ingatan kami sentiasa kepada keluarga dan individu yang terjejas oleh kejadian yang tragis ini,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Menurutnya, semua kerja-kerja di tapak pembinaan telah dihentikan sehingga pemberitahuan lanjut.

Tambah beliau, keutamaan sekarang adalah untuk memberikan memberikan sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Kami telah mengarahkan kontraktor untuk menghubungi keluarga mangsa, dan merawat mereka yang telah dimasukkan ke hospital.

“Saya ingin berterima kasih kepada kakitangan perubatan yang bekerja tanpa jemu untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan yang diperlukan, menjaga mereka yang cedera dan menghantar mereka ke hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI