BALIK PULAU – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi jaminan yang siasatan berhubung tragedi runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini akan dijalankan secara menyeluruh.
Datuk Bandar Majlis Bnadaraya Pulau Pinang, (MBPP), Datuk Ir A. Rajendran berkata, siasatan dalaman berhubung insiden runtuhan itu akan dijalankan bersama agensi terlibat antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan lain-lain agensi.
“Projek pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini, namun kerja-kerja pembinaan tidak dapat dijalankan sehingga siasatan dalaman dan luaran berhubung insiden runtuhan itu selesai dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.
Sehingga pukul 1.24 tengah hari tadi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan bagi membantu mengeluarkan empat mangsa yang masih tertimbus. – KOSMO! ONLINE