BALIK PULAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dimaklumkan yang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijangka mengambil masa selama dua jam lagi.
“Kita jangka apabila konkrit-konkrit ini dialihkan kita akan dapat menemui mangsa-mangsa yang tertimbus.
“Apa yang dibincangkan tadi anggaran masa untuk konkrit ini dialihkan dalam tempoh dua jam lagi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Tambahnya, beliau difahamkan kerja-kerja pembinaan bangunan ini dijalankan selama 24 jam sebelum ini.
”Kita mahu agensi dan jabatan yang terlibat mengambil tindakan tegas bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE