fbpx

Runtuhan gudang: JKKP Pulau Pinang diarah buat siasatan terperinci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa pertama yang disahkan maut dalam kejadian runtuhan di tapak pembinaan bangunan logistik di Batu Maung.

PUTRAJAYA- Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengarahkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian runtuhan di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas.

KSM berkata, siasatan itu juga bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan serta-merta untuk menghentikan semua aktiviti kerja di kawasan tersebut bagi tujuan siasatan.

“Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjadi kewajipan majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua pekerja dan orang awam di tempat kerja di bawah kawalannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

KSM memberitahu, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti mereka.

“(Langkah) Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan.

“Selain itu, Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Pembinaan 2017 menetapkan setiap pihak berkepentingan dalam industri pembinaan termasuk klien, pereka bentuk dan kontraktor memainkan peranan serta melaksanakan tanggungjawab di tempat kerja seawal dari peringkat reka bentuk projek pembinaan,” tegasnya.

Menurutnya, KSM menerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta JKKP akan terus komited selain berusaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini termasuk dalam sektor pembinaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI