BALIK PULAU – Empat buruh binaan yang pada mulanya dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung di sini, rupanya masih hidup dan melarikan diri akibat ketakutan.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perkara itu disahkan majikan dan mandor mereka yang berada di tempat kejadian semasa tragedi berlaku malam semalam.
“Kita dapat kesan empat mereka masih hidup dan lari kerana ketakutan. Oleh itu, kita akan tutup operasi mencari dan menyelamat.
“Mereka telah melarikan diri di sekitar Bayan Lepas dan berkemungkinan tiada permit. Kita menahan mereka dan akan jalankan siasatan lanjut,” katanya di lokasi kejadian, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE