fbpx

Runtuhan gudang: Dua mangsa runtuhan tiang rasuk masih dirawat di HPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekarangan Unit Forensik Hospital Pulau Pinang, tengah hari ini. foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Dua buruh binaan warga Bangladesh yang cedera parah dalam tragedi runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maun, Bayan Lepas, malam tadi masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, setakat pukul 9.30 pagi tadi, kedua-dua mangsa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital terbabit.

“Salah seorang mangsa berada di bawah pengawasan pasukan Jabatan Ortopedik manakala seorang lagi dipantau Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif.

“Kita akan maklumkan perkembangan mangsa dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, seorang mangsa dilaporkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala dua mangsa lagi ditemui di tempat kejadian masih berada di Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk tindakan selanjutnya.

Secara keseluruhan, seramai 18 pekerja terlibat dalam kejadian runtuhan itu, namun sembilan daripada mereka terselamat manakala sembilan lagi keluar ke lokasi bagi menunaikan solat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI