fbpx

PPZ-MAIWP sasar kutipan RM10 juta melalui myASNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hakim (kiri) ketika melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Bayaran Zakat Melalui MyASNB di Dewan Al-Qardhawi, Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ), di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan sebanyak RM10 juta melalui portal myASNB tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, pengguna boleh melakukan pembayaran zakat di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara pertukaran proses kewangan (FPX) melalui aplikasi myASNB bermula 18 November.

“Selain menggalakkan budaya menyimpan, kami juga menggalakkan dan cuba memudahkan para pendeposit membayar zakat melalui portal myASNB itu sendiri.

“Tahun ini, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM10 juta melalui portal tersebut tahun ini. Setakat ini kutipan zakat melalui aplikasi myASNB telah mencapai RM50,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Bayaran Zakat Melalui MyASNB di Dewan Al-Qardhawi, Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ), di sini hari ini.

Tambah beliau, PPZ-MAIWP menyasarkan pungutan zakat sebanyak RM1 bilion pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding RM145 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Dengan adanya kolaborasi bersama ASNB, pihak kami dapat mempelbagaikan lagi saluran pembayaran zakat untuk meningkatkan jumlah kutipan.

“Melalui aplikasi sama, pendeposit juga boleh mengira zakat dan terus membuat bayaran tanpa menolak nilai pelaburan di dalam akaun,” katanya.

Tambahnya, inisiatif pembayaran zakat melalui portal myASNB juga merupakan antara yang pertama dijalankan di negara ini.

“PPZ-MAIWP amat berbesar hati menjadi pusat zakat pertama yang berkolaborasi dan melantik ASNB sebagai agen kutipan zakat dalam menyediakan perkhidmatan bayaran zakat di aplikasi tersebut.

“Dengan adanya kalkulator zakat di portal myASNB, pihak kami percaya ciri tersebut akan memudahkan pendeposit ASNB untuk menunaikan zakat selari dengan moto PPZ-MAIWP iaitu Memudahkan Anda Berzakat.

“Buat masa ini, kami juga sedang meneroka potensi lain terutamanya bagi agensi lain yang menjadi tempat pendeposit membuat pelaburan, misalnya bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa hadapan,” katanya.

Tambah Abdul Hakim, khas buat pendeposit ASB, PPZ-MAIWP turut mengadakan Kempen Simpan dan Zakat untuk menggalakkan orang ramai membayar zakat melalui aplikasi myANSB dengan hadiah berupa unit saham bernilai sehingga RM11,000.

Selain itu, pendeposit ASNB yang melakukan pembayarkan zakat bermula 18 November berpeluang untuk menyertai Kempen Year End Zakat 2023 untuk memenangi hadiah menarik daripada PPZ-MAIWP seperti pakej umrah, Thermomix, telefon pintar dan pelbagai lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI