fbpx

MotoGP: Joan Mir dapat sentuhan kru Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR tidak mempamerkan prestasi yang baik musim ini selepas beberapa siri kecederaan dan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera Honda. - AFP

VALENCIA – Pasukan Repsol Honda mula mengatur barisan kru terbaik mereka menjelang persiapan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas mengesahkan kehadiran pelumba baharunya, Luca Marini semalam.

Bekas pelumba VR46, Marini yang mengikat kontrak dua tahun bersama Honda akan bergandingan bersama Joan Mir bagi menggantikan tempat juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez yang menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing tahun depan.

Antara perubahan yang bakal dibuat pasukan Honda ialah Marini akan bekerjasama dengan kru pasukan Mir yang diketuai oleh Giacomo Guidotti dan beberapa kru lain yang pernah bersamanya sebelum ini.

Sementara itu, Mir akan mendapat bantuan sepenuhnya dan sentuhan bekas ketua mekanik Marquez iaitu Santi Hernandez untuk mengembalikan prestasi terbaik pasukan itu.

Hernandez telah bersama Marquez sejak 2011 dalam perlumbaan Moto2 telah melakar 59 kemenangan grand prix dan enam gelaran MotoGP selama 11 tahun bersama pasukan Honda.

Marquez difahamkan hanya membawa seorang mekaniknya iaitu Javier Ortiz ke Gresini Racing pada 2024 dan akan bergabung dengan Frankie Carchedi yang telah membantu Mir menjulang juara dunia pada 2022 bersama Suzuki.

Sebagai rekod, pada tahun ini Mir hanya mampu meraih 26 mata sewaktu penampilan pertamanya bersama Honda selepas mengalami beberapa siri kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI