fbpx

Meerqeen nafi gosip bercium dengan Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN menafikan dakwaan kononnya dia lelaki yang dikatakan bercium dengan pelakon Mimi Lana sebagaimana hangat diperkatakan baru-baru ini.

PUTRAJAYA – “Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung”

Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang tular sebelum ini.

Meerqen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,22, berkata, dia tidak akan melakukan perkara seumpama itu bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.

“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.

“Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian kerana mereka adalah sahabat saya. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,” katanya.

Tambah Meerqeen, dia telah berhubung dengan Syafiq Kyle menerusi mesej untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama.

“Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ada ‘man to man talk,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya sebentar tadi.

Dalam masa sama, Meerqeen mengaku lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri sejak gosip berkenaan hangat diperkatakan.

“Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.

“Kenapa saya perlu menjawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya.

Terdahulu timbul dakwaan seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular yang berstatus tunangan orang.

Netizen membuat spekulasi dan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka sedang bergandingan dalam drama bersiri Headliners.

Gosip itu hangat diperkatakan selepas Mimi Lana dan Syafiq Kyle membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI