fbpx

Leher kena tebuk, Syazwan hanya minum susu formula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlia banyak menghabiskan masa untuk menguruskan kehidupan Muhammad Syazwan yang kini lumpuh dan hanya terlantar di atas katil di rumahnya di Kampung Parit Rambai Ulu, Pontian.

PONTIAN – Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa melihat keadaan anak lelakinya yang hanya terlantar di atas katil akibat lumpuh selepas terlibat kemalangan jalan raya di Kampung Parit Serong, Telok Kerang pada Jun tahun lalu.

Norlia Marjani, 47, berkata, dia juga telah berhenti kerja di sebuah kilang pembuatan kuih di Gelang Patah demi menjaga Muhammad Syazwan Mohd. Fauzi, 20.

Menurut Norlia, kemalangan berlaku ketika Muhammad Syazwan dalam perjalanan balik dari Tanjung Bin ke rumahnya di Kampung Parit Rambai Ulu dengan membonceng motosikal yang ditunggang rakannya.

Katanya, disebabkan kemalangan tersebut, anak bongsu dari tiga beradik itu kini lumpuh selepas dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

“Muhammad Syazwan telah mendapat rawatan selama dua minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah ( HSA ) Johor Bahru sebelum dipindahkan ke wad biasa,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Parit Rambai Ulu, di sini baru-baru ini.

Jelas Norlia, Muhammad Syazwan yang baru tiga bulan beker­ja sebagai operator di stesen janakuasa arang batu di Tanjung Bin tidak boleh bercakap di­sebabkan lehernya telah ditebuk.

“Dia hanya minum susu formula menggunakan tiub khas yang mana pergerakan mata dan telinga (pendengaran) digunakan untuk Syazwan berinterkasi de­ngan ahli keluarga lain,” ujarnya.

Jelasnya, walaupun Muhammad Syazwan baru berkerja di syarikat tersebut, dia turut menerima pencen ilat hilang upaya kekal daripada Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso) melalui caruman oleh majikannya.

“Saya bersyukur kerana mendapat sumbangan dari Perkeso seperti lampin pakai buang dan kerusi roda untuk kegunaan membawa Muhammad Syazwan ke hospital.

“Begitu juga dengan katil khas yang digunakan olehnya dan alat penyedut kahak disumbangkan oleh sebuah syarikat insuran dari Batu Pahat,” jelas­nya yang kini bergantung kepada pendapatan suaminya yang be­kerja sebagai seorang juruukur.

Katanya, Muhammad Syazwan turut menerima bantuan bulanan sebagai orang kelainan upaya (OKU) sebanyak RM500 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Norlia memberitahu, dia kini turut menjaga bapanya, Marjani Marto, 85, yang mengalami penyakit angin ahmar sejak setahun yang lalu.

Orang ramai yang ingin membantu menghubunginya Norlia di talian 019-9837524 atau menerusi sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya 0112241100010150.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI