fbpx

Konflik Palestin-Israel: Pasukan penyelamat bergegas cari mayat bawah runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat dan penduduk mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan sebuah rumah di Rafah, 13 Oktober lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Sebanyak 160 mayat penduduk Gaza ditemui di bawah runtuhan bangunan, jalan dan laluan dalam tempoh 24 jam semalam, demikian menurut pejabat media pentadbiran Hamas seprti dilaporkan agensi berita Anadolu.

Pasukan pertahanan awam terpaksa menggunakan kaedah manual iaitu menggunakan tangan serta cara primitif bagi mengeluarkan mayat.

“Kita sedang berhadapan dengan bencana kemanusiaan sebenar yang dibongkarkan oleh jeda kemanusiaan. 

“Askar Israel telah memusnahkan 300,000 unit rumah termasuk 50,000 unit yang musnah sepenuhnya serta 250,000 rosak sebahagiannya.

“Penduduk dari utara yang kehilangan tempat tinggal tidak dapat pulang ke rumah kerana askar Israel menghalang mereka serta menyasarkan mereka dengan peluru,” kata pejabat media.

Ia selain itu menggesa kemasukan peralatan dan jentera untuk membantu pasukan pertahanan awam mengeluarkan ratusan mayat dari bawah runtuhan.

“Ini juga diharap dapat membantu mengangkat serpihan beratus-ratus ribu rumah, sekolah dan hospital yang musnah oleh serangan tentera penceroboh,” tambahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI