fbpx

Konflik Palestin-Israel: Maya ucap terima kasih kepada pejuang Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maya menjadi tumpuan selepas video pembebasannya dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Maya Regev, 21, salah seorang daripada 17 tebusan yang dibebaskan baru-baru ini mendapat perhatian media, selepas memberi tatapan positif terhadap seorang pejuang Hamas.

Tatapan itu dikatakan bagi menunjukkan penghargaannya terhadap layanan baik yang diterima daripada Hamas.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Al Jazeera, Maya dilihat berjalan dengan tongkat akibat kecederaan tembakan yang diterima pada kakinya semasa pergelutan.

“Selamat tinggal dan terima kasih,” kata Maya kepada pejuang tersebut sebelum kembali ke Israel.

Maya dibebaskan selepas 50 hari dalam tahanan Hamas pada petang Sabtu, sebagai pertukaran untuk pembebasan tahanan Palestin.

Dia ditahan di Festival Muzik Nova di Re’im bersama abangnya, Itai, 18, dan rakan mereka, Omer Shem Tov, 21, yang sehingga kini masih belum dibebaskan.

Ramai yang menyatakan bahawa wajah Maya tidak menunjukkan sebarang tanda trauma. Sebaliknya, dia sempat melahirkan rasa syukur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI