fbpx

Kes penderaan seksual kanak-kanak paling tinggi dikendalikan JKM – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak paling tinggi dikendalikan pihaknya iaitu sebanyak 1,603 sehingga Ogos lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kes kedua paling tinggi direkodkan JKM pula adalah pengabaian terhadap kanak-kanak iaitu 1,530 kes.

Jelas beliau, JKM turut merekodkan kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak sebanyak 1,240 kes, kes faktor lain-lain (614), dibuang atau tiada ibu bapa (156) dan kes penderaan emosi (73).

“Data yang ada pada saya sekarang ialah statistik kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Sama ada kanak-kanak yang kita selamatkan daripada penganiayaan, penderaan dan beberapa faktor lain bagi tahun ini.

“Kanak-kanak yang diselamatkan ini ada yang masih ditempatkan di institusi JKM dan ada yang telah ditempatkan bersama ibu bapa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai statistik kanak-kanak yang didera serta memerlukan perlindungan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI