fbpx

Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Radhlan berdepan enam lagi pertuduhan AMLA berjumlah Ram3.7 juta selain rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

PUTRAJAYA- Kes perbicaraan mahkamah melibatkan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad Adam Radlan dilihat lebih kepada pendakwaan yang bermotifkan politik.

Menurut peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, pendakwaan bermotifkan politik seperti itu sudah menjadi normal dalam budaya politik Malaysia.

Susulan itu, katanya, pihak terlibat perlu menghentikan semua pendakwaan yang disifatkan bermotifkan politik sekiranya mahu melahirkan Malaysia baharu yang lebih adil dan saksama.

“Ini kerana rakyat juga sudah muak dan bosan apabila dihidangkan dengan pendakwaan politik yang terpilih terutama jika parti A menang, maka ada sahaja pemimpin parti B yang dituduh di mahkamah.

“Manakala pemimpin parti A yang sudah pun didakwa akan dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja.

“Jadi, perkara sebegini tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara, lebih-lebih lagi apabila Pejabat Peguam Negara
dilihat tidak bebas dan tunduk kepada individu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Semalam, Adam Radlan menaruh keyakinan bahawa keadilan buat dirinya akan ditegakkan dengan menyifatkan dakwaan kes terhadapnya di mahkamah sebagai satu pendakwaan politik.

Terdahulu, Adam Radlan, 42, berdepan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.

Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn. Bhd. itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Sebelum ini, ahli politik itu berdepan enam pertuduhan lain iaitu lima kes rasuah berhubung projek Jana Wibawa dan satu AMLA sekali gus menjadikan ahli perniagaan tersebut berdepan 12 pertuduhan meminta, menerima rasuah dan AMLA. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI