fbpx

Kad kahwin atau kertas kajian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan kad perkahwinan sepasang pengantin di Bangladesh. - X

DHAKA, Bangladesh – Sekeping kad undangan perkahwinan diedarkan sepasang pengantin di Bangladesh tular di media sosial kerana direka menyerupai kertas penyelidikan, lapor laman berita Wion News semalam.

Seorang pengguna platform X, @Rayyanparhlo memuat naik gambar kad perkahwinan tersebut dengan kapsyen berbunyi: “Saya masih tidak percaya ini adalah kad jemputan perkahwinan.”

Ia tertera nama pasangan warga Bangladesh, Sanjana Tabassum Sneha dan Mahjib Hossain Imon serta ibu bapa mereka sebagai butiran penulis.

Antara kandungan yang disenaraikan pada bahagian metodologi penyelidikan adalah lokasi, masa dan tarikh majlis perkahwinan.  Dua terjemahan ayat al-Quran turut dipetik sebagai rujukan.

Sejak dimuat naik pada 25 November lalu, ia mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya fikir ia adalah perintah mahkamah atau sebagainya,” komen seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI