fbpx

‘Ikan gempa bumi’ ditemui terdampar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ikan dayung ditemui terdampar di pantai Los Coquitos, Republik Dominika. - Jam Press Vid

SANTO DOMINGO, Republik Dominika – Seekor ikan dayung atau ‘oarfish’ ditemui terdampar di pesisir pantai Los Coquitos, Republik Dominika Isnin lalu sebelum mati tidak lama kemudian, lapor akhbar The Sun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk kerana terdapat kepercayaan bahawa gempa bumi akan berlaku selepas kemunculan ikan gergasi itu.

Spesies itu dilaporkan hidup berdekatan Zon Septentrional-Oriente yang mencetuskan gempa bumi dan tsunami Cap-Haitien di Haiti pada 1842 sehingga mengorbankan kira-kira 5,300 orang.

Ikan dayung adalah salah satu ikan paling panjang di lautan dengan saiznya boleh mencecah sehingga 17 meter panjang dan berat lebih 200 kilogram.

“Ia adalah ikan laut dalam, amat luar biasa untuk menemuinya di permukaan. 

“Namun, ia tidak menimbulkan sebarang ancaman, ia hanya hidup di kawasan paling dalam,” kata Timbalan Menteri Sumber Pantai dan Laut Republik Dominika, Jose Ramon Reyes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI