Demikian perkongsian penyanyi Elizabeth Tan yang sudah lama tidak menjayakan persembahan berikutan menderita masalah kemurungan.
Menurut Elizabeth, situasi itu tercetus selepas merasakan dirinya tidak dapat memberikan hasil kerja terbaik sehingga terpaksa bertemu psikiatri berikutan keadaan makin memburuk.
Saya tertekan apabila kena menyanyi dengan baik, tak boleh sumbang langsung dan saya tetap gagal. Sebab itu saya rasa kecewa.
“Rasanya empat hingga lima tahun saya tak ambil mana-mana ‘show’.
“Saya ada berjumpa psikiatri kerana situasi sangat teruk. Jadi, selepas berehat saya akan kembali menyanyi. Harapnya masih ada yang mahu lihat saya menyanyi sebab sudah lama rehat,” katanya ketika ditemui di majlis Viu Upfront 2024, semalam.
Dalam pada itu, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mahu lebih tenang sebelum kembali fokus kepada kerjaya nyanyian.
Saya banyak letak tekanan kepada diri, jadi saya perlu relaks dan jangan terlalu serius.
“Saya mahu menyanyi sebab nak kembali berhubung dengan peminat. Bidang ini platform yang bagus untuk saya berjumpa ramai orang. Saya mahu berseronok atas pentas,” ujar pelakon drama adaptasi W: Two World itu.
Sementara itu ditanya soal zuriat, Lizzy tidak menolak sekiranya ada rezeki walaupun masih belum mencuba buat masa ini.
“Saya belum lagi hamil, kami mungkin akan mencuba tak lama lagi. Jadi, kalau dapat, dapatlah.
“Buat masa ini saya tidaklah mencuba sangat tetapi saya tidak menolak rezeki,” ujarnya. – KOSMO! ONLIE