fbpx

[VIDEO] Berlakon dengan ‘crush’, Hun Haqeem seronok Daiyan jadi heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUN Haqeem seronok bergandingan dengan Daiyan dalam siri terbaharu berjudul W: Two Worlds.

KUALA LUMPUR – Mengakui pernah meminati aktres Daiyan Trisha, pelakon popular Hun Haqeem seronok dapat bergandingan dengan bintang tingi lampai itu dalam drama adaptasi W: Two Worlds.

Pemilik nama lengkap Haqeem Hermy, 25, itu juga tidak akan sesekali menolak tawaran sekiranya dapat bergandingan lagi bersama pelantun lagu Penat itu untuk mencipta banyak nashkah bersama.

“Sebenarnya kami sudah berkenalan sebelum ini semasa bersama-sama terlibat dengan projek bagi jenama Uniqlo.

“Mimpi jadi kenyataan atau tak, saya sangat bersyukur dapat berjumpa dan berkenalan bersama Daiyan sebagai rakan kerja.

“Kini kami berkawan baik. Jika ada lagi tawaran untuk berlakon bersamanya, sudah tentu saya akan terima ‘on the spot’ untuk cipta banyak karya bagus bersama Daiyan,” katanya ketika ditemui di sidang media drama W Two World di sini hari ini.

Ditebak mengenai masih lagi meminati Daiyan, anak jati Sarawak itu tidak menjawab dan hanya menyambut dengan tertawa.

Sementara itu, dia menyifatkan pelakon dan penyanyi itu sangat bekerja keras dalam kariernya yang menyebabkan mereka mudah mencipta keserasian.

“Satu perkara mengenai Daiyan, dia sangat komited dalam apa jua projek dilakukan.

“Dia sangat menakjubkan dan dia akan buat apa-apa dengan sepenuh hati.

“Jadi, untuk mencipta keserasian bersama, saya rasa tidak susah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, aktor Meerqeen membocorkan rahsia bahawa Hun pernah meminati Daiyan dalam sebuah temu bual.

Dalam perkembangan lain, Hun terlibat dalam drama adaptasi W: Two Worlds bersama barisan selebriti lain seperti Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan Faizal Hussein.

Drama ini bakal dilancarkan di platform Over The Top (OTT) Viu bermula 30 November ini. -KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI