fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis cabuli gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penduduk Palestin berjalan dekat kereta kebal Israel di selatan Gaza, Jumaat lalu. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata pada pagi hari ini apabila melepaskan bedilan meriam di utara Gaza, khususnya di kejiranan Sheikh Radwan, selatan Gaza, timur bandar Rafah dan Khan Yunis, lapor portal berita The Palestine Chronicle.

Wartawan portal berita Al-Mayadeen di Gaza mengesahkan bahawa tentera Rejim Zionis melepaskan bedilan meriam dan peluru asap di barat kejiranan Sheikh Radwan semasa tenteranya melakukan pengunduran.

Tentera Israel didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata itu bertujuan untuk menyembunyikan pengundurannya dari bahagian tengah kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, tembakan asap dilepaskan ke arah bangunan kediaman orang awam di Kem Pelarian Al-Shati, utara Gaza, lapor Al-Mayadeen.

Sementara itu, saluran TV Al-Arabiya melaporkan bahawa kereta kebal Israel melepaskan tembakan di selatan kawasan di Semenanjung Gaza, timur bandar Rafah dan Khan Younis.

Saluran TV itu juga melaporkan bahawa tentera Israel menggunakan bom tangan gegaran.

Sebelum ini, Israel dan Palestin telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama empat hari bermula pada Jumaat lalu tetapi dilanjutkan untuk tempoh dua hari.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, jumlah kematian perang Israel telah meningkat kepada lebih 15,000 penduduk termasuk lebih 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI