fbpx

Young Tigers hantar 18 pemain terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad remaja negara sudah bersedia menghadapi Piala Dunia Remaja 2023 minggu depan. - MHC

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Muhamad Amin Rahim melaungkan keyakinan barisan 18 terbaiknya mampu menghadirkan cabaran sengit pada Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula 5 hingga 16 Disember ini.

Menurutnya, pemilihan dibuat berdasarkan aksi ditampilkan para pemain pada Piala Sultan Johor (SOJC) di Johor Bahru awal bulan ini selain beberapa sesi latihan yang dijalankan selepas itu.

Berdasarkan senarai itu, dua pemain yang mengalami kecederaan dan terlepas SOJC iaitu Muhammad Addy Jazmi Jamlus dan Muhammad Danish Danial Abdul Wahab kembali memperkuatkan pasukan.

“Kembalinya dua pemain yang tidak bersama pasukan pada kejohanan sebelum ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat pasukan dan membuka ruang pemilihan pemain untuk diturunkan di posisi tengah.

“Selepas SOJC, kami telah mengenal pasti setiap kesilapan serta kelemahan yang ada dalam pasukan. Kami telah membuat persediaan yang sepatutnya untuk membetulkan setiap kesilapan serta kelemahan tersebut.

“Kini tugasan dan tanggungjawab untuk melaksanakannya di atas padang terletak kepada pemain yang akan beraksi di pentas tertinggi tersebut.

“Diharapkan pemain turun dengan semangat juang yang tinggi dan bermain bermati-matian untuk mencatat satu keputusan yang positif dalam setiap perlawanan,” kata Amin pada sidang akhbar pengumuman pasukan di Stadium Hoki Nasional hari ini.

Turut tersenarai ialah Muhammad Adam Ashraf Mohd. Johari yang menjadi pemain paling muda berada dalam skuad remaja kali ini pada usia 17 tahun.

Selain itu, Amin turut menyenaraikan dua pemain simpanan iaitu penyerang, Eswaran George dan Muhammad Khairul Norizam di posisi tengah sebagai langkah berjaga-jaga jika mana-mana pemain utama mengalami kecederaan.

Skuad remaja akan memulakan kempen Kumpulan A menentang Chile pada 5 Disember ini diikuti juara bertahan, Argentina keesokannya sebelum melengkapkan peringkat kumpulan bertemu Australia pada 8 Disember.

Pencapaian terbaik Malaysia di pentas Piala Dunia Remaja adalah tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu edisi 1979 di Versailles, Perancis; 1982 di Kuala Lumpur dan 2013 di New Delhi, India.- KOSMO! ONLINE

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL

MOHAMAD RAFAIZUL MOHAMAD SAINI
MUHAMMAD DANISH AFNAN MOHD FAIZAL

PERTAHANAN

MUHAMAD FARIS HARIZAN
AZMILMUIZZUDDIN MISRON
ANDYWALFIAN JEFFRYNUS
WAN MUHAMMAD NAJMIE AHMAD DZAIB
AHMAD SUHAIMI KAMARUDDIN

TENGAH

ALFARICO LANCE LIAU JR
MUGHNI MOHAMAD KAMAL
MUHAMMAD ADAM ASHRAF MOHD JOHARI
MUHAMMAD DANISH AIMAN KHAIRIL ANUAR
MUHAMMAD ADDY JAZMI JAMLUS
MUHAMMAD DANISH DANIAL ABDUL WAHAB

PENYERANG

SHAHMIE IRFAN SUHAIMI
SHAFIQ IKHMAL DANIEL SUZAINI
MOHAMMAD HARRIS ISKANDAR OSMAN
MOHAMAD SHAMIR RIZMI SHAMSUL
CHE NUR AQILRULLAH CHE MOHD KHAIRULZI ANWAR

SIMPANAN

ESWARAN GEORGE
MUHAMMAD KHAIRUL NORIZAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI