fbpx

Vidya Balan wanita berjiwa kental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDYA BALAN

TIADA jalan mudah untuk mengukuhkan langkah dalam arena seni. Perkara tersebut adalah gambaran tepat mengenai perjalanan aktres Vidya Balan yang meraih populariti menerusi filem Parineeta terbitan 2005.

Pendedahan itu dibuat seorang teman rapatnya yang juga penulis lirik, Swanand Kirkire apabila bercerita pengembaraan pelakon berusia 44 tahun itu.

Swanand yang menerima nominasi dalam acara Filmfare untuk Lirik Terbaik bagi filem Piyu Bole berkongsi sahabatnya itu yang kerap menerima watak kecil sehingga diangkat sebagai heroin Parineeta.

Awalnya Vidya nyaris ditolak pengarah Vidhu Vinod Chopra untuk peranan utama namun rezeki berpihak kepadanya.

Dalam perkongsiannya, Swanand berharap penggiat seni lain mengambil contoh perjuangan pelakon lama yang tidak pernah menyerah kalah.

Biarpun pernah ditolak mentah-mentah dan hanya diberi peranan kecil, dia enggan putus asa sehingga akhirnya menempa kejayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI