fbpx

[VIDEO] 9 mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memulakan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di tapak pembinaan bangunan sebuah syarikat kargo di Batu Maung, sebentar tadi.

GEORGE TOWN – Seramai sembilan mangsa dilaporkan terperangkap dalam runtuhan bangunan di sebuah tapak pembinaan di Batu Maung, sebentar tadi.

Nasib kesemua mangsa dipercayai pekerja masih belum diketahui.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.58 malam tadi dan operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru.

Keadaan di lokasi runtuhan bangunan dalam pembinaan di Batu Maung, malam ini.

Menurutnya, operasi turut melibatkan bantuan BBP Seri Balik Pulau dan BBP Jalan Perak.

“Maklumat awal terdapat sembilan orang mangsa terperangkap dan kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI