fbpx

Udang kara 2 warna ditemui di Maine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Knowles menunjukkan udang galah yang ditangkap di Maine. – TikTok

AUGUSTA, MAINE – Seekor udang kara yang ditangkap di Maine mendapat perhatian ramai kerana berwarna biru dan merah serta mempunyai dua jantina, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Jacob Knowles berkata,  udang kara itu dibawa kepadanya oleh seorang rakan. Dia terkejut melihat udang kara tersebut yang disifatkan amat jarang ditemui.

“Saya amat kagum melihatnya. Tiada sesiapa di jeti mengaku pernah melihat udang kara seperti itu,” katanya.

Ahli biologi di Akuarium New England, Jordan Baker berkata, dianggarkan hanya satu dalam 50 juta udang kara mempunyai ciri seperti itu.

“Ia disebabkan oleh mutasi atau perubahan embrio dalam perkembangan ontogenetik. 

“Ini terhasil daripada gabungan embrio atau bahagian yang pada asasnya membentuk dua haiwan berbeza,” jelasnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI