fbpx

Peluang terbaik PSG lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VITINHA (tengah) percaya dia dan rakan sepasukannya kini berada dalam motivasi terbaik selepas menang 5-2 ke atas Monaco pada Sabtu lalu. – AFP

PARIS – Juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) kini mempunyai peluang terbaik untuk menebus maruah mereka menjelang aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara di Parc des Princes awal pagi esok.

Reputasi PSG selaku gergasi Eropah tercalar selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan 1-4 kepada Newcastle sewaktu aksi kedua Kumpulan F di St. James Park pada Oktober lalu.

Sejak itu, PSG hanya tewas sekali daripada lapan aksi ter­akhir iaitu 1-2 kepada AC Milan awal bulan ini selain masih segar dengan kejayaan menewaskan AS Monaco 5-2 dalam saingan Ligue 1 pada sabtu lalu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih PSG, Luis Enrique enggan memandang rendah kemam­puan lawannya yang kini dalam keadaan motivasi terbaik selepas membelasah Chelsea 4-1.

“Kemenangan ke atas salah satu pasukan terbaik di Perancis (Monaco) membuktikan kemahuan tinggi para pemain untuk berdepan Liga Juara-Juara. Saya percaya kami mampu melepasi halangan ini,” katanya.

Sementara itu, Vitinha yang meledak gol tunggal PSG ketika tewas kepada Newcastle, me­negaskan bahawa dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia sepenuhnya dalam misi me­nebus kekalahan tersebut.

“Kami sebenarnya tidak sabar menantikan perlawanan ini. Saya berharap suasana di Parc des Princes nanti akan memberikan kelebihan kepada kami kerana saya percaya ia akan menjadi satu ‘aksi yang gila’,” jelasnya.

PSG akan mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati jika menang ke atas Newcastle dan pada masa sama Milan tewas kepada Borussia Dortmund dalam satu lagi aksi Kumpulan F awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI