fbpx

K2

Meditasi, pemakanan bantu kestabilan mood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chia menunjukkan pergerakan yoga kepada orang ramai dalam satu program di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MOOD atau perasaan merupakan sesuatu yang boleh mempengaruhi rutin harian kita.

Begitupun, ia jarang diberi perhatian sepenuhnya dan mood negatif yang berterusan boleh berkembang menjadi sesuatu yang lebih serius seperti masalah tekanan dan juga kemurungan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan dan juga teknik pernafasan sebenarnya boleh mempengaruhi kestabilan mood seseorang.

Menyedari kaitan mood dengan pemakanan dan juga meditasi, jenama makanan kesihatan LAC Malaysia baru-baru ini mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu acara bertemakan mood, bagi membantu peserta untuk memahami mengenai mood dan bagaimana mengawalnya dengan baik.

Acara dimulakan dengan sesi meditasi bunyi yang dikendalikan oleh jurulatih yoga bertauliah yang dikenali dengan nama Savy.

Menerusi sesi itu, peserta dapat mengikuti kaedah meditasi diajar oleh Savy yang mampu membantu menstabilkan mood dan memberikan ketenangan.

“Proses meditasi boleh dilakukan pada bila-bila masa, sama ada pada waktu pagi sebelum memulakan hari atau sebelum tidur.

“Ia membantu tubuh supaya menjadi lebih relaks dan mengekalkan kesihatan dalaman,” kata Savy dalam program yang diadakan di Kuala Lumpur itu.

Ia kemudiannya disusuli oleh sesi yoga bersama komuniti yang dipimpin oleh seorang lagi instruktor yoga bertauliah yang juga pempengaruh media sosial, Jenn Chia.

SAVY mengingatkan setiap individu untuk sentiasa mencari waktu untuk diri sendiri.

Kongsi Chia, dia menganggap yoga sebagai tempat perlindungan peribadi dalam memperoleh ketenangan dalaman.

“Dalam gaya hidup serba moden ini, saya akui sukar untuk kita mencari waktu buat diri sendiri.

“Selain aspek gerakan dalam aktiviti yoga, pilihan pemakanan juga memainkan peranan penting dalam menentukan mood kita pada hari itu,” katanya.

Selesai acara yoga, peserta kemudiannya menyertai sesi perkongsian makanan untuk kawalan mood bersama pakar nutrisi bertauliah LAC Malaysia, Cyntia Jetan.

Jetan menekankan pemakanan mempunyai kaitan dengan mood dan emosi seseorang.

“Meskipun diet kita berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan, tuntutan masa yang berterusan serta tekanan harian sering membuat kita mengabaikan kesan daripada diet yang tidak teratur.

“Sebagai contoh, apabila berlakunya sensasi ‘hangry’ iaitu gabungan rasa lapar dan emosi marah, ia akan menjejaskan jiwa seseorang,” katanya.

Menerusi sesi itu juga, para peserta diberi panduan tentang penggunaan suplemen secara bijak untuk mengoptimumkan kesannya terhadap kehidupan mereka.

Jelasnya lagi, suplemen tidak menggantikan makanan harian kita, sebaliknya ia berfungsi sebagai makanan tambahan berharga bagi meningkatkan fungsi kehidupan kita.

Dia juga dalam masa sama menekankan kepentingan menjaga diet yang teratur dan optimum serta mengakui pada masa-masa tertentu, badan seseorang itu mungkin akan menghadapi kesulitan untuk menyerap kesemua nutrien yang diperlukan daripada makanan yang diambil.

“Sekiranya keadaan itu terjadi, suplemen menjadi sokongan bagi menyokong kesejahteraan keseluruhan seseorang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI