SYDNEY – Australia akan menguatkuasakan larangan import vape pakai buang bermula 1 Januari depan, kata kerajaan hari ini dalam keputusan yang disambut baik oleh doktor-doktor.
Larangan tersebut bertujuan untuk mengekang pertambahan bilangan penghisap vape dalam kalangan golongan muda, kata Menteri Kesihatan, Mark Butler.
Australia kali pertama mengumumkan larangan import itu pada Mei lalu tetapi tidak menyatakan tarikh pelaksanaannya.
“Vape sebelum ini dibenarkan dijual sebagai cara untuk membantu perokok tegar berhenti merokok.
“Ia bukan dijual sebagai produk reaksi dan nyata bukan untuk menyasarkan anak-anak kita tetapi inilah yang berlaku.
“Kebanyakan vape pula mengandungi nikotin dan kanak-kanak menjadi ketagih,” katanya.
Menurut kerajaan, kira-kira seorang dalam tujuh kanak-kanak berusia 14 hingga 17 tahun menggunakan vape, kata kerajaan dalam satu kenyataan. – AFP