fbpx

‘Laluan sini gelap, tak biasa memang senang terbabas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI perempuan tujuh bulan (dalam bulatan) rentung dalam kebakaran kereta di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Konvoi tiga ken­deraan berakhir tragedi selepas seorang bayi perempuan berusia 7 bulan rentung, manakala ba­panya melecur 80 peratus dalam kebakaran kereta yang terbabas di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, bayi tersebut, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat; bapa­nya, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, dan ibunya, Nur Hasidah Razmi, 25, dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu.

Seorang jiran keluarga mangsa berusia lingkungan 40-an berkata, tiga beranak tersebut memandu kereta Honda City secara konvoi bersama dua lagi kereta lain dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah di Kampung Belukar, Panji, Kota Bharu.

Katanya, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi oleh ibunya kira-kira pukul 9 pagi semalam sebelum bertolak ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk menziarah mangsa.

Bagaimanapun, keluarga mang­sa ketika ditemui di HSIP enggan ditemu bual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superinten­dan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan di Ki­lometer 69, Jalan Kota Bharu- Gua Musang kira-kira pukul 4.04 pagi semalam.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa kereta terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran, kende­raan itu terbakar 100 peratus dan seorang bayi berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia akibat rentung dalam kereta.

“Pemandu lelaki melecur 80 peratus dan isterinya cedera ringan dan dirawat di HSIP Kuala Krai,” katanya.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.

Seorang peniaga, Asiah Mamat, 30, berkata, dia menyedari kejadian itu sebaik tiba di kedai­nya untuk mula berniaga.

Menurutnya, seorang jiran memberitahu ada sebuah kereta terbakar kerana melanggar pembahagi jalan.

“Saya terus menjenguk ke lokasi dan mendapati ada kesan terbakar dan serpihan kende­raan serta tiang lampu terbalik.

“Laluan di sini memang gelap sejak dua minggu lalu dan saya difahamkan sebelum ini beberapa buah kenderaan terbabit dalam kemalangan kerana pemandu tidak nampak pembahagi jalan,” katanya.

Asiah berkata, pemandu kenderaan yang tidak biasa menggunakan laluan itu memang tidak perasan ada pembahagi jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI