fbpx

Bekalan protein mencukupi untuk rakyat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD AKMAL Saleh ketika sidang akhbar Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Bekalan sumber protein seperti ayam, lembu, telur dan kambing melebihi keperluan yang diperlukan penduduk di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pengeluaran telur di Melaka mencecah 3.3 bilion biji dengan nilai RM1.1 bilion setahun melebihi nisbah kadar kepenggunaan (SSR) iaitu 853.92 peratus.

Kata beliau, pengeluaran daging ayam pula mencecah 96,000 metrik tan setahun yang bernilai RM768 juta membabitkan SSR 282.17 peratus, manakala daging lembu atau kerbau mencecah 1,866 metrik tan setahun dengan SSR 33.04 peratus.

“Pengeluaran daging kambing dan biri-biri adalah 138 tan metrik tan setahun yang bernilai RM4.83 juta dengan SSR 13.41 peratus.

“Merujuk kepada data hasil pengeluaran sektor pertanian, perikanan dan penternakan tersebut ia mampu memastikan keperluan asas mencukupi untuk keperluan rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai jumlah pengeluaran oleh petani, penternak dan nelayan di Melaka mampu memastikan barangan asas mencukupi untuk keperluan rakyat.

Tambahnya, walaupun kadar sara diri bagi daging lembu dan kambing tidak mencapai 100 peratus tetapi dari segi keperluan protein ia boleh ditampung melalui daging ayam dan telur ayam yang melebihi 100 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI