fbpx

Amaran hujan berterusan buruk di Kelantan, Terengganu hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan laluan utama di Kampung Padang Enggang, Pasir Hor di Kota Bharu dinaiki air berikutan hujan berterusan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di Kelantan sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan, Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Pahang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Kuantan dan Pekan) sehingga 29 November.

“Selain itu, hujan berterusan turut dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) sehingga Rabu,” ujarnya.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada pagi ini MetMalaysia meramalkan seluruh negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dilanda hujan dan ribut petir.

Katanya hujan dan ribut petir di Semenanjung hanya melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor.

“Di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat di kawasan pantai.

“Selain itu, di Sabah hujan tertumpu di beberapa kawasan seperti Pedalaman dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Mukah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI