fbpx

Agong, Putera Monaco lawat Pusat Konservasi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Abdullah dan Putera Albert II melawat MTCC hari ini.

TEMERLOH – Putera Monaco, Putera Albert II dan delegasinya berkenan mengadakan lawatan Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), di Lanchang, Temerloh, Pahang, hari ini.

Turut berangkat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah.

Ketua Cawangan Operasi Bahagian Penguatkuasaan PERHILITAN, Muhammad Khairi Ahmad berkata, lawatan baginda bertiga berkenaan bagi melihat usaha-usaha konservasi dan pengoperasian di MTCC.

Pihak MTCC memberi penerangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Putera yg Albert berkaitan dengan usaha membiakkan Harimau Malaya atau nama saintifiknya (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, lima ekor harimau itu adalah induk untuk konservasi ini manakala anak yang dilahirkan akan dilepaskan ke habitat asal.

“Terdapat lima ekor harimau Malaya berusia 3 sehingga 18 tahun berada di MTCC yang beroperasi secara rasmi pada Februari tahun lalu.

“Di MTCC kesemua harimau malaya ini menjalani latihan kemahiran memburu secara alami selain cara menyesuaikan diri untuk hidup di dalam hutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI