fbpx

Hajat wanita kaya wariskan harta kepada kekasih muda tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLLAND bersama kekasihnya, Foute ketika wanita kaya itu masih hidup. - Foto BBC

Seorang warga emas kemaruk cinta dengan lelaki gelandangan yang jauh lebih muda mencetuskan kebimbangan kepada anak-anak perempuannya kerana berhasrat menyerahkan segala harta kekayaannya kepada lelaki berkenaan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Carolyn Holland, 80, bertemu David Foute, 57,  ketika Foute melakukan kerja rencam di rumah  wanita berkenan di Cayucos, California. Dalam masa beberapa minggu sahaja, Holland telah jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

Foute pernah dipenjarakan kerana membuat bom paip yang dipercayai polis bertujuan untuk menyerang sebuah syarikat pasar raya. Lelaki itu merupakan seorang ahli teori konspirasi dan  percaya  syarikat berkenaan mahu menanam mikrocip pada semua orang.

Anak perempuan Holland, Susan dan Sally sukar mempercayai ibu mereka telah jatuh cinta tetapi Holland memberitahu media tentang cintanya dengan berkata: “Dia (Foute)  memberi saya sesuatu yang istimewa kerana semangat penyayangnya. Kami berkongsi banyak perkara. Saya suka personalitinya dan saya benci apabila dia tiada.”

Holland dan arwah suaminya, Joe, telah mengumpulkan portfolio hartanah bernilai berjuta-juta dolar,  manakala anak-anak perempuannya curiga bahawa Foute mungkin cuba menipu  terutamanya apabila dia memujuk ibu mereka untuk menjual dua hartanahnya.

Melalui penjualan harta itu, Holland berjanji untuk memberikan Foute  AS$600,000 (RM2.80 juta) namun sebelum sempat menunaikan cek, dia dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 selepas enggan divaksinasi.

Foute memberitahunya bahawa program vaksinasi adalah satu proses kawalan kerajaan.

Keadaan mental dan fizikalnya kemudian merosot bermakna anak perempuannya boleh mendapat status sebagai wakil kuasanya sekali gus memberikan kawalan ke atas hal ehwal kewangan keluarga.

Holland meninggal dunia tidak lama kemudian menyebabkan kekasihnya itu tidak mendapat satu sen pun daripada harta mendiang dan dia kini menjadi gelandangan semula. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI