fbpx

Sekolah Kebangsaan paling banyak kekosongan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

KUALA LUMPUR – Bilangan keseluruhan kekosongan guru telah dikenal pasti dengan peratusan tertinggi di Sekolah kebangsaan (SK), setakat 31 Oktober lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kekosongan bilangan guru di SK adalah 4.8 peratus, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 3.69 peratus dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 1.94 peratus.

Namun, beliau memberi jaminan isu kekurangan guru itu bersifat sementara dan akan diselesaikan mengikut keperluan sekolah, opsyen dan situasi pendidikan semasa.

“Saya beri jaminan isu ini sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) dan kami sangat komited untuk mengisi jawatan kekosongan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) Peringkat Jawatankuasa bagi KPM, di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina memaklumkan, KPM mewajibkan sekurang-kurangnya satu kelas pengajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu untuk murid Tahun Satu di sekolah yang melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) mulai tahun depan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira usaha memperkasa penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dan hasil lawatan di lapangan turut menunjukkan ada sekolah yang tidak mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda mereka.

“Jangan risau mengenai bahasa Inggeris ada banyak dasar lain untuk memperkukuh bahasa Inggeris. DLP hanya program. Kita ada pendekatan lain untuk perkukuh bahasa Inggeris anak-anak kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI