fbpx

‘Saya penat, hamil dah masuk 7 bulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamil memasuki tujuh bulan, Tom (kanan) reda dengan penyingkirannya daripada pentas FD3 dan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu hikmah.

SHAH ALAM – Akur tersingkir di peringkat separuh akhir Famili Duo musim ketiga (FD3), penyanyi Tom menyifatkan penyingkirannya bersama suami, Fuad Rahman sebagai bermaruah dan penuh hikmah.

Jelas Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, penyingkiran yang berlaku sedikit sebanyak membuka ruang untuknya memberikan fokus terhadap kandungan yang kini sudah mencecah tujuh bulan.

“Sebenarnya saya dah penat sangat kerana kehamilan saya kini juga sudah memasuki tujuh bulan.

“Mungkin saya pernah maklumkan yang saya kuat tapi sebenarnya saya agak rapuh dengan emosi pun kurang stabil. Saya sekarang mula rasa tak selesa.

“Mungkin penyingkiran ini adalah kerana Tuhan nak bagi saya masa untuk berehat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tetap tersenyum selain memberikan tenaga maksima ketika membuat persembahan, wanita berusia 38 tahun itu mengakui dia menipu dirinya sendiri hanya kerana ingin memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program FD3.

“Selama ini saya cuba lawan dan rasa yang saya boleh tapi bila tersingkir mungkin ini masanya saya untuk fokuskan terhadap diri serta bayi kami.

“Apa yang buat saya terus kuat untuk persembahkan atas pentas adalah Fuad dan juga anak-anak.

“Jadi, saya terpaksa tipu semua orang dengan mengatakan saya okay tapi kali ini mungkin disebabkan faktor umur sebab itu saya rasa letih,” katanya ketika sidang media usai konsert separuh akhir FD3, malam tadi.

Tom dan Fuad Rahman merupakan antara tiga pasangan duo yang tersingkir selain Shila dan Syahir Amzah serta Ryan dan Adam Bakery.

Tiga pasangan duo yang berjaya mara ke peringkat akhir program realiti FD3 pada Ahad depan adalah pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), serta Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik).

Minggu akhir Famili Duo minggu hadapan bertemakan Bebas, Vokal Berkumpulan dan Duo Popular.

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian Tonton membabitkan 30 peratus.

Minggu depan, tiga pasangan duo bakal merebut takhta juara FD3 yang menawarkan hadiah berjumlah RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI