fbpx

Polis nafi kejadian tanah runtuh di Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah sepertimana dipaparkan dalam sebuah video yang tular sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt. Zaiham Mohd Kahar berkata video yang tular di media sosial itu dipercayai kejadian tanah runtuh yang berlaku di luar negara.

Tambah beliau lagi, kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh PDRM atau pihak konsesi lebuh raya dalam kadar segera sekiranya kes seperti ini berulang lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN