fbpx

Polis Johor buka kertas siasatan bersabit enam ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis yang bersara pada majlis Meraikan Bakal Pesara dan Pesara Polis Kontinjen Johor di IPK Johor, Johor Bahru.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah membuka satu kertas siasatan berhubung enam ancaman bom yang diterima sekolah-sekolah swasta di negeri ini, 21 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan terdapat ancaman baharu dibuat selepas kejadian tersebut.

“Hanya ada enam laporan polis dibuat sekolah-sekolah terlibat, selain itu tiada. Ketua Polis Negara juga telah memberi penjelasan berhubung ancaman diterima melalui e-mel tersebut, dipercayai dibuat individu yang tidak berapa betul (waras).

“Untuk laporan polis di sini siasatan kita buat di Johor, kita buka kertas siasatan untuk menyiasat perkara ini. Satu kertas siasatan melibatkan enam ancaman sebab semua sekolah terima e-mel yang sama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI