fbpx

Pengarang Sukan Kosmo! meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sopi Samaile

PETALING JAYA – Pengarang Sukan Kosmo!, Sopi Samaile meninggal dunia awal pagi tadi di kediaman keluarganya di Serian, Sarawak.

Sopi, 44, merupakan kakitangan di Kosmo! dan Utusan, mula melaporkan diri sejak tahun 2003 di Utusan Melayu.

Difahamkan beliau meninggal dunia sewaktu tidur dan jenazah kini sedang diuruskan oleh keluarganya di Sarawak.

Terdahulu, Allahyarham pernah bertugas sebagai Ketua Biro di Sarawak dan juga wartawan di Biro Johor.

Jawatan terakhir beliau di Kosmo! adalah sebagai Pengarang Meja Sukan.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI