fbpx

Orang ramai iringi pengebumian Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR AMIZA dan suaminya, Mohd. Faizal membacakan doa di pusara Danish di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Pokok Mangga, Melaka. -foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Orang ramai yang membantu operasi pencarian Muhammad Danish Mohd. Faizal, 2, hadir mengiringi pengebumian kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Pokok Mangga, malam tadi.

Jenazah Danish tiba di tanah perkuburan pada pukul 8.10 malam dengan diringi lebih 100 orang termasuk sanak-saudara, penduduk setempat dan orang ramai.

Ibu Danish, Nor Amiza Che Kar, 28, berkata, meskipun pemergian anaknya berlaku dalam keadaan tragis, namun dia masih bersyukur kerana jasadnya ditemukan dan dapat disemadikan dengan sempurna.

“Kalau kata hati seperti separuh mati untuk mengharungi ujian ini tapi mungkin saya kuat kerana ramai yang mendoakan Danish.

“Saya dan suami, Mohd. Faizal Maarop, 38, ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasukan bomba, polis, penduduk kampung dan orang ramai yang bersama-sama membantu mencari Danish,” ujarnya sebak.

Terdahulu, tragedi menimpa Danish mendapat perhatian ramai selepas mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan air deras hujan ketika menemani ibunya berniaga nasi kerabu di Taman Goodwood, Bukit Palah, di sini, Sabtu lalu.

Mayat mangsa kemudian ditemukan lemas di sebuah longkang besar di Taman Desa Baru pada pukul 9.20 pagi semalam oleh orang awam, pasangan suami isteri yang menyertai operasi pencarian selama 18 jam bersama-sama pasukan bomba dan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI