fbpx

Kuih keria, teh tarik tinggi kandungan gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi KKM

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat Malaysia mengenai kebanyakan kuih-muih dan minuman harian seperti teh dan minuman berkarbonat mengandungi gula yang tinggi.

Menerusi perkongsian KKM di hantaran akaun Facebook rasmi mereka, rakyat Malaysia diingatkan untuk mengehadkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman.

“Ini kerana pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.

“Antara contoh makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula adalah minuman berkarbonat, kek berkrim, kuih keria, minuman 3 in 1, teh tarik, teh boba (bubble tea) dan kuih donut,” katanya.

Tambahan, menurut hantaran KKM yang berbeza, penyakit kencing manis akan mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ seperti mata, buah pinggang, saraf dan sebagainya.

“Orang ramai perlulah peka terhadap makanan dan minuman yang diambil dan mematuhi saranan pengambilan gula tambahan untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.

“Demikian itu, kami menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil gula tidak melebihi 10 sudu teh atau 50 gram sehari termasuk gula tersembunyi,” jelasnya lagi.

Hal ini berikutan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini di program KUD@Putrajaya, Anjung Florida yang mahukan kempen kurangkan gula diteruskan di peringkat kementerian susulan hasil laporan yang merekodkan penyakit kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI