fbpx

Konflik Palestin-Israel: PM Thailand hargai usaha Malaysia bantu bebaskan tawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dalam pertemuan empat mata dengan Srettha dalam lawatan kerjanya ke Sadao, Wilayah Songkhla di Thailand, hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan rakan sejawatan di Thailand, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyatnya dalam konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.

Katanya, Malaysia telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan yang ada selain kebijaksanaan Hamas dan Mesir membantu ke atas usaha membebaskan tawanan.

“Srettha mengucapkan terima kasih khas kepada kita kerana bantuan kita sedayanya untuk menyelamatkan tawanan iaitu orang Thailand di bawah pengawasan Hamas yang terlibat dalam konflik Israel-Gaza di Palestin.

“Saya kata kita cuba usahakan ikut kemampuan kita, tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang bagi laluan kepada mereka untuk dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Sadao, Wilayah Songkhla di Thailand dan Bukit Kayu Hitam bersama Perdana Menteri Thailand hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI