PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri, petang ini.
Menurut hantaran MetMalaysia di laman Facebook, ramalan tersebut sah sehingga pukul 7 malam, hari ini.
“Di Kedah, ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda Langkawi, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu.
“Selain itu, di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Negeri Sembilan pula Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” katanya.
Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di negeri Melaka, Selangor (Hulu Langat), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan), Kelantan (Jeli) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Maran).
“Keadaan sama turut dijangka di Sabah, melibatkan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE