fbpx

Kelantan keluar beras jenama sendiri tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri iaitu Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas pada tahun hadapan bagi membangunkan kilang padi dan beras.

Menurutnya, pelaksanaaan itu akan dilakukan menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur.

“Pada 2024, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas.

“Insya-Allah, kita akan keluarkan beras tempatan yang mengguna jenama sendiri iaitu Kilang padi dan beras Agro Darul Naim,”katanya semasa menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (Pas-Pulai Condong) mengenai cadangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan beras jenama sendiri pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, kerajaan negeri turut mengambil beberapa langkah dalam menghadapi isu dan cabaran dalam keterjaminan makanan rakyat di negeri ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Kelantan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI