fbpx

Influencer jadi sasaran baharu bayar zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (tiga kiri) pada majlis pelancaran Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat di Ibu Pejabat LZS Shah Alam, hari ini. FOTO: FAUZI BAHARUDIN

SHAH ALAM- Pempengaruh atau Influencer dan usahawan atas talian yang popular menerusi aplikasi seperti Tik Tok merupakan kumpulan sasaran baharu sebagai pembayar zakat di Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd.Sabirin Mohd. Sarbini, pempengaruh yang mempunyai pendapatan tetap bulanan tinggi dan memenuhi syarat boleh membayar zakat boleh menunaikannya mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, ini seterusnya serampang dua mata selain kita berkolabrasi dengan beberapa pempengaruh sebagai pengantara dakwah LZS kepada masyarakat.

“Kita juga buat masa ini tidak mempunyai senarai pembayar zakat dalam kalangan pempengaruh.

“Apa yang penting kita ingin generasi baharu sedar kewajiban menunaikan zakat (melalui koloborasi tersebut),”katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat di ibu pejabat LZS di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kempen tersebut Mohd. Sabirin berkata, LZS menyasarkan penambahan 12 peratus pembayar zakat baharu hasil daripada kempen yang dilancarkan itu.

Ini berikutan, katanya, hasil kajian dijalankan mendapati terdapat sejuta pembayar zakat yang layak tidak menunaikannya di negeri ini.

“Data terkini bagi pembayar zakat baharu adalah kira-kira 400,000 pembayar zakat sahaja. Justeru kita mengambil inisiatif seperti Kempen Zakat Online On X On khusus kepada pengeluar zakat yang membuat bayaran zakat menerusi aplikasi kita,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI