fbpx

EPL: Havertz tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (kanan) meledak gol tunggal perlawanan ketika Arsenal mencatat kemenangan ke atas Brentford awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Bintang Arsenal, Kai Havertz akhirnya berjaya menutup mulut pengkritik apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech awal pagi semalam.

Gol itu sememangnya amat berharga kerana ia melonjakkan The Gunners ke tangga teratas EPL selepas 13 perlawanan setelah Manchester City dan Liverpool sekadar seri 1-1 kelmarin.

Ia adalah jaringan pertama Havertz menerusi permainan terbuka musim ini selepas terdahulu membuka akaun gol bersama Arsenal musim ini dengan menyudahkan sepakan penalti menentang Bournemouth pada September lalu.

“Gol kemenangan di penghujung perlawanan ini sangat manis buat saya, sebab itu saya meraikannya di hadapan para penyokong kami.

“Saya ketepikan ego sendiri kerana kejayaan pasukan adalah keutamaan saya. Memang satu kepuasan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan kerana kami berhak meraihnya,” kata pemain tengah Jerman itu.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut menghamburkan pujian tinggi kepada Havertz yang dikritik hebat sejak berhijrah ke Emirates daripada Chelsea dengan harga £65 juta (RM383.69 juta) pada Jun lalu.

Bukan itu sahaja, ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann juga didakwa seperti tidak menghormati Havertz apabila mengarahkannya beraksi di posisi bek kiri ketika menentang Turkiye dan Austria baru-baru ini

“Saya tidak tahu kalau ada sesiapa tidak gembira dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Havertz. Dia seorang pemain yang hebat. Hari ini dia membuktikannya dengan memenangi perlawanan buat kami,” jelas Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI