fbpx

Dewan Rakyat: KPKT senarai hitam Ahli Lembaga Pengarah projek perumahan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyenarai hitam pemaju projek sakit serta Ahli Lembaga Pengarahnya dalam usaha mencegah projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, KPKT turut menyekat pemaju projek sakit daripada memohon permit iklan dan jualan yang baharu selagi projek sakit sedia ada belum disiapkan dengan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) penuh.

“Selain itu, KPKT turut melaksanakan beberapa insiatif lain antaranya carian yang dibuka kepada umum di portal perumahan setempat bagi mengenal pasti status setiap projek perumahan swasta sebagai panduan bakal pembeli rumah dan pihak pembiaya sebelum meluluskan sesuatu pinjaman perumahan baharu dan mengawal bayaran kemajuan kepada pemaju sedia ada.

“Melaksanakan pemantauan yang lebih kerap termasuk pembekuan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi projek-projek sakit terpilih untuk mengelakkan pengeluaran wang secara tidak bertanggungjawab oleh pemaju,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai langkah yang telah diambil kerajaan untuk melaksanakan syor yang dikemukakan oleh pasukan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit Dan Terbengkalai (TFST). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI