fbpx

Anwar adakan lawatan kerja ke Sadao, Thailand hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BUKIT KAYU HITAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Sadao, wilayah Songkhla di Thailand hari ini.

Lawatan itu bagi membincangkan isu berkaitan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan rakan sejawatannya, Srettha Thavisin.

Pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Thailand itu serta mesyuarat dua hala antara dua negara tersebut dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao.

Anwar dan Srettha kemudian dijadualkan melawat tapak titik pertemuan ke projek jajaran jalan baharu di CIQ Sadao yang mana ia merupakan sempadan jalan antara CIQ berkenaan dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Kedua-dua pemimpin negara terbabit akan menerima taklimat mengenai jajaran jalan baharu di kedua-dua belah pihak CIQ Sadao dan ICQS Bukit Kayu Hitam.

Perdana Menteri seterusnya akan menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Thailand di sebuah hotel di negara jiran itu.

Anwar dan Srettha kemudian dijadualkan melawat tapak ke jajaran jalan baharu di ICQS Bukit Kayu Hitam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI